Tuesday, August 30, 2011

Solat Hari Raya di surau sahaja.

Kalaulah saya keluar rumah lima minit lebih awal, mungkin saya terlepas peluang bersolat raya di surau saya sendiri. Dalam seminggu yang lepas saya tidak ke surau untuk solat Isya' dan Tarawikh kerana ada sahaja sebabnya. Akibatnya saya tidak dapat tahu apa program surau untuk Aidilfitri tahun Hijri 1432 ini.

Sedang saya bersiap untuk keluar rumah saya terdengar takbir raya dari surau. Saya beruntung kerana dari rumah saya boleh nampak apa-apa aktiviti di surau, bukan setakat terdengar azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelumnya. Saya lihat beberapa orang sedang memasuki surau dan beberapa kenderaan diletakkan berhampirannya. Saya pun membawa ahli-ahli keluarga saya ke surau. Jika kami ke masjid saya terpaksa meletakkan kereta jauh darinya.

Inilah gambar-gambar saya bersolat raya di surau sahaja.

Saya datang lewat, jadi terpaksa duduk di belakang dengan budak-budak.

Ada Bangla di belakang saya.

Membaca takbir. Antara rumah yang nampak di belakang itu ialah rumah saya.

Imam,  Ustaz Rosmin yang juga Timbalan Pengerusi surau memberi taklimat solat dan program seterusnya.

Imam membaca khutbah raya selepas solat.

Jemaah surau mendengar khutbah. Tabir pemisah antara lelaki dan perempuan sudah dibuka.

Bermaaf-maafan selepas solat raya.

Akhirnya kami menjamu selera ringan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432.


1 comment:

Anonymous said...

Maarof

Terima kasih diatas posting anda tentang solat sunat Eid ini.

Saya pun turut hairan, kenapa umat Islam Melayu boleh datang ke surau atau masjid lebih awal jika untuk solat sunat Eid....sama ada Eidul Fitr atau Eidul Adhha.... tetapi bila datang untuk solat fardhu 5 waktu liat dan ada yang tidak bersolat berjemaah disurau atau pun masjid, walaupun surau atau masjid itu berhampiran (yakni boleh jalan kaki aje) dengan rumah mereka. Padahal solat fardhu 5 waktu itu lebih afdhal bagi lelali bersolat berjemaah di surau/masjid qariah mereka. Muslimah elok bersolat di rumah sahaja.... berjemaah dengan anak2 dan menantu masing-masing.

wallah hu aklam

wasalam
MA