Monday, August 22, 2011

Yang tak betul itu ada harganya.

Pos saya ini lain sedikit dari yang lain. Saya ada membuat pos bertajuk 'Bila orang tidak bertauliah diberi peluang berceramah'. Sila klik ini.. Oleh kerana penceramah itu telah didedahkan di akhbar-akhbar, blog dan juga laman sosial Facebook saya juga ingin mendedahkannya. Penceramah itu ialah Azmil Mustafa, seorang bekas pelakun dan pengarah filem. Sahabat blogger saya Mahaguru 58 ada membuat pos baru mengenainya seperti ini.

Orang Islam mendengar khutbah Jumaat tiap-tiap minggu di masjid. Orang Yahudi tak ramai di Malaysia tetapi penganut agama ini pergi ke 'synagogue' mereka tiap-tiap hari Sabtu. Orang-orang Kristian pula mendengar 'sermon' mingguan mereka di gereja pada tiap-tiap Ahad. Saya tidak tahu jika orang-orang Hindu dan juga Buddha ada mendengar 'khutbah' mereka.

Tetapi khutbah dan 'sermon' itu ialah sudah terbuku atau suatu yang rasmi. Imam masjid pula tidak boleh membaca khutbah sesuka hati, contohnya khutbah yang tidak diluluskan oleh Jabatan Agama Islam. Maka timbullah ceramah-ceramah yang tidak masuk buku. Penceramah jenis ini  ada yang bertauliah dan ada juga yang tidak bertauliah. Saya fikir Azmil Mustafa termasuk dalam golongan penceramah tidak bertauliah.

Oleh kerana orang Melayu malas membaca, penceramah-penceramah ini seolah-seolah mempuyai pelanggan yang sedia ada. Ada sahaja bahan-bahan yang diceritakan. Ditambah lagi jika ceramah ditambah dengan cerita-cerita menarik, ada yang betul dan ada yang tidak. Sebagai contoh saya ada melihat video ceramah di mana nama-nama pemain-pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris disebut. Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah paderi-paderi  Kristian dan sami-sami Hindu dan Buddha memberi ceramah yang serupa kepada penganut agama mereka.

Berbalik kepada Azmil Mustafa. Saya hanya sempat mendengar separuh dari ceramahnya yang di masukkan di dalam pos blog sahabat blogger saya seperti perenggan satu di atas. Kalau tak salah saya, Azmil duduk di kerusi roda. Saya juga dapati isi ceramahnya tidak berbeza dari apa yang diberikannya di surau taman saya pada bulan Ramadan tahun lepas. Azmil mengulangi sebutan seperti 'Lord Reid', 'Good Morning, Sir' dan lain-lain. Cuma kali ini dia memulakan ceramahnya dengan menceritakan beliau telah menjalani pembedahan jantung dan sekarang dikehendaki menjalani rawatan susulan. Tiap kali dia pergi mendapat rawatan beratus ringgit pula wang yang keluar. Wang yang didapatinya melalui ceramah banyak digunakan untuk tujuan rawatannya.

Memang saya akui apa yang diceritakan oleh Azmil ada betulnya. Azmil mempertikan Perlembagaan Malaysia yang seolah-olah mengikutnya menyebabkan orang Melayu Islam di Malaysia lebih takutkan manusia biasa dari takutkan Allah. Tetapi tahukah Azmil kerana Perlembagaan negara tidak lengkaplah dia ada bahan untuk memberi ceramah. Dan bila dia berceramah adalah orang yang menajanya. Dengan wang tajaan itu Azmil bolehlah membesarkan anak-anaknya dan membayar kos rawatan jantungnya.

Cuba bayangkan Perlembagaan kita itu lengkap atau pun memenuhi kehendak agama Islam pada pandangan Azmil. Sudah tentu Azmil tidak ada bahan untuk diceramahkan. Jika ia berceramah menceritakan isi Al-Quran siapa nak dengar. Tak kan Azmil hendak menyalahkan Al-Quran pula. Lebih-lebih lagi orang Melayu ini suka mendengar bahan-bahan yang negatif dan sebagainya.

Azmil hendak kembali berlakun? Dengan keadaan kesihatan dan perwatakannya sekarang yang berjanggut putih adakah Yusuf Haslam atau David Teo hendak mengambilnya berlakun?

Oleh itu Azmil sepatutnya bersyukur kerana wujudnya perkara-perkara yang tidak betul pada pandangannya  sebenarnya menolongnya meneruskan kehidupannya.

1 comment:

Abu Nu'man said...

Assalamualaikum wrh wbt Tuan Haji...

Secara prinsipnya saya bersetuju dengan Tuan Haji adalah menyalahi etika jika kita berceramah atau menegur sistem dengan cara yang tidak beradab, menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan. Namun dalam mana-mana ideologi sekalipun, yang salah tetap salah. Tetap perlu ditegur.

Punca rezeki bukan berdasarkan pada kelemahan sesuatu perkara, tetapi daripada Allah. Jika sistem perlembagaan berpandukan Al Quran sekali pun, masih tetap ada peluang untuk mencari rezeki melalui ceramah atau kuliah. Zaman Rasulullah dan para khulafa' dahulu sistem perlembagaan adalah berteraskan Al Quran dan hadis. Namun, kelas-kelas agama tetap wujud kerana ilmu Allah itu sangat luas dan sentiasa berkembang.

Itu sahaja pandangan daripada saya yang masih berhingus dan setahun jagung. Semoga saudara Azmil sedar akan kesilapannya dan lebih berhikmah dalam menegakkan kebenaran. Apakah tidak pelik mereka yang memperjuangkan sunnah Rasulullah tetapi dalam masa yang sama tidak mengikut sunnah Rasulullah dalam bab menegur contohnya. Bacalah kitab seerah bagaimana halusnya Rasulullah menegur para sahabat baginda jika melakukan kesilapan.