Sunday, January 1, 2012

Ini bukan cara nak tarik pelancong.


Saya mulakan pos saya di tahun baru 2012 ini dengan satu teguran. Saya nampak notis di atas di kaunter tiket Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang. Adalah jelas pihak berkuasa membezakan harga tiket diantara warganegara kita dengan orang asing. Seolah-olah nilai seorang asing adalah lebih tiga kali ganda dari rakyat negara sendiri. 

Untuk mengelakkan  mana-mana pihak merungut tentang perbezaan ini, harga tiket dalam Bahasa Melayu tidak ditulis dalam bentuk digit, tetapi dalam bahasa sepenuhnya. Terpaksalah siapa yang menaipnya menaip kebih sikit. Tujuannya ialah supaya orang asing tidak dapat membaca apa yang ditulis dalam bahasa kita. 

Tetapi tidakkah sesiapa yang memikirkan dirinya bijak dengan memberi notis cara ini sedar bahawa ada juga orang asing yang boleh membaca muslihat ini. Rakyat Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam boleh membacanya. Juga katakanlah seorang asing membeli tiket sebaik sahaja selepas seorang tempatan. Tidakkah dia hairan mengapa orang sebelumnya membayar hanya sepertiga dari yang dibayarnya?

Timbullah soalan saya mengapakah kita membezakan harga tiket ini diantara rakyat kita dengan rakyat asing? Miskin sangatkah kita untuk mendapatkan duit mereka cara ini? Atau murah sangatkah harga orang kita? Sedangkan kemudahan atau keselesaan yang diterima adalah sama. Kalau keretapi penuh orang tempatan dan asing sama-sama berdiri. 

Macam mana pula jika pihak-pihak lain juga membezakan harga-harga perkhidmatan di antara orang tempatan dengan orang asing? Harga tol, harga top-up telefon bimbit  dan harga letak kereta, contohnya.

Saya cadangkan supaya kita tidak membezakan harga tiket untuk tempat-tempat pelancongan seperti Keretapi Bukit Bendera ini. Bukankah dengan cara ini lebih ramai pelancong akan datang melancong ke negara kita? 

 

3 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tn Hj.

Hamba setuju benar dengan cadangan Tn Hj. Mohon izin menerbitkan semula. Tkasih.
Wassalamualaikum wr wb.

Anonymous said...

Kalau dipikiokan teksi, kete sewa kalau pelancong rege lain punya.Pun pelancong guna. Dekat Perlindungan Orang Utan Sepilok Sabah pun prektis camtu gak. Pelancong pegi no hal jugak. Ataupun sebab yang nie tempatnya Bukit Bendera, Penang?

Abu Nu'man said...

Salaam...

Sebenarnya perbezaan harga tiket antara warga asing dan warga tempatan adalah normal di mana-mana negara. Di Taj Mahal pun harga tiketnya hampir tiga kali ganda juga. Ianya merupakan penghargaan kepada warga tempatan yang membayar cukai kepada negara. Sebahagian daripada cukai kita telah digunakan untuk kerja-kerja senggaraan lokasi tersebut. Jika dihitung semula,hampir sama sahaja belanja yang digunakan oleh rakyat tempatan dan warga asing apabila cukai yang dibayar diambil kira.

Hal ini juga bersamaan dengan yuran pembelajaran yang berbeza antara warga asing dan warganegara. Kalau di US, beza yuran pembelajaran hampir satu kali ganda. Mungkin ada baiknya kita selidiki dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. Wallahu a'lam