Wednesday, April 16, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 2











































































Saya pun melobi lagi dan akhirnya diberitahu akan bertolak pada 16 November 2007 melalui penerbangan ke 17 atau KT-17.

Gambar-gambar di atas ialah ahli-ahli keluarga saya dan Salmah yang menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ini termasuk adik-beradik, biras, ibu saya, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu. Ini perkara biasa di musim Haji tiap-tiap tahun di mana kompleks ini dipenuhi oleh saudara-mara yang menghantar Jemaah Haji. Sebenarnya saya telah berkali-kali datang ke Kompleks ini untuk menghantar antara lain ibu saya, mendiang kedua-dua mertua saya dan ipar-ipar saya.

Peniaga-peniaga pun mengambil kesempatan dengan menjual diantara lain permainan kanak-kanak dan makanan ringan. Tidak kurang juga peniaga yang menjual keperluan Haji seperti kasut, selipar, kain ihram dan sebagainya. Saya pun sempat membeli sepasang kasut getah. Untuk keselamatan bagasi saya membeli kain bungkus bagasi untuk beg-beg kami.

Diluar sana apa kurangnya. Semasa masuk tadi ada orang yang manawarkan tempat letak kereta. Itu semua saya serahkan kepada saudara mara yang menghantar kami.

Di suasana ini kanak-kanaklah yang paling gembira. Mereka ingat ibu bapa mereka membawa mereka ke satu pesta.


Disambung di Bahagian 3....

No comments: