Walau pun badan saya merasa baik sedikit selepas berjumpa doktor di hari sebelumnya saya belum lagi berasa sihat sepenuhnya. Saya bangun pada jam 0226 dan mendapati teman-teman sebilik saya sudah bersedia untuk ke Masjid. Saya biarkan mereka berlepas dahulu sementara saya tinggal untuk membersihkan bilik mandi dan membersihkan sampah.
Seperti jemaah lelaki mereka, jemaah wanita Turki juga memakai pakaian seragam yang menarik.
Jika di di masjid-masjid Malaysia waktu-waktu solat dipamerkan dalam bentuk digital atau jam analog olok-olok di Masjid Nabawi ini waktu-waktu solatnya dipamerkan di jam betul-betul atau 'authentic' jenama CITIZEN. Cuma agaknya bateri jam sudah dikeluarkan.
Menara Masjid Nabawi di waktu subuh
Saya tidak membawa kamera DSLR saya ke sini. Jika tidak saya dapat mengambil gambar-gambar yang lebih menarik.
Jemaah dari seluruh dunia selepas menunaikan solat Subuh
Bersambung ke Bahagian 8....
No comments:
Post a Comment