Friday, April 18, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 6 (Hari Kedua)

Sabtu 17 November 2007

Saya terbangun pada jam 0100 kerana dikejutkan oleh bunyi bising dari kawan-kawan yang telah pun bangun. Saya terus memberus gigi dan kami berkumpul dengan isteri masing-masing pada jam 0230 di lobi hotel. Mereka semua terus ke Masjid Nabawi untuk solah Subuh. Oleh kerana saya tidak sedap badan saya memohon balik ke bilik.

Saya pergi ke Masjid semasa azan pertama dilaungkan pada jam 0416. Waktu Subuh ialah jam 0516 dan saya terus merasa tidak sedap badan. Selepas Subuh saya melawat sendiri Pejabat dan Klinik Tabung Haji di Tingkat 1 Hotel. Saya pun memulakan hobi saya mengambil gambar-gambar di sekeliling hotel dan Masjid Nabawi.


Gambar di atas ialah restoran lobi. Saya dan Salmah sering makan tengah hari di sini selepas solat Zuhur. Untuk makan malam saya makan di bilik sahaja selepas Maghrib sedangkan Salmah makan malam selepas Isya' di biliknya.



Ini ialah gambar-gambar awal yang saya ambil di Masjid Nabawi. Jemaah belum lagi ramai.



Antara jemaah yang menyerlah ialah jemaah Turki. Mereka cukup segak dengan pakain seragam mereka.


Semasa solat Asar di Masjid saya asyik terbersin. Oleh itu saya membuat keputusan untuk berjumpa doktor di Kelinik Tabung Haji.

Bersambung ke Bahagian 7...

No comments: