Thursday, April 17, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 4 (The Flight)

16 November 2007 Hari Jumaat.

Kami menaiki bas-bas yang disewa khas dari Kompleks Haji Kelana Jaya ke KLIA, Sepang diiringi oleh Polis Trafik. Jadi perjalanan kami tidak terganggu. Kami sampai ke KLIA tepat pada jam 0555.

Menunggu di Bilik B2 KLIA

Saya menjangkakan kami terus menaikki kapal terbang. Tetapi tidak, kami direhatkan di Bilik Menunggu B2 sementara menunggu panggilan untuk menaiki pesawat (gambar di atas). Ramai jemaah menunaikan solat subuh di bilik ini, tetapi saya menunaikannya dalam pesawat nanti.

Kami diarah menaiki pesawat berperingkat-peringkat mengikut warna boarding pass kami. Saya dan Salmah diberi boarding pass berwarna kuning dan bernasib baik juga kerana mendapat tempat duduk tepi. Jadi dapatlah saya mengambil gambar diluar.
Dalam pesawat
Pesawat ialah Boeing 747-300 Saudi Arabian Airlines dan peramugarinya warganegara Indonesia (gambar di atas) sedangkan peramugara orang Arab. Oleh itu kami dapat berkomunikasi dengan cabin staff pesawat ini. Saya cuba bercakap Inggeris dengan seorang peramugara Arab tetapi dia terus menjawab sambil menunjuk kepada seorang peramugari "Talk to her, she can speak Malay". Agaknya English saya lebih baik dari Englishnya.

Sepatutnya kami bertolak pada jam 0630 tetapi pelepasan tertangguh sehingga jam 0740. Mengikut Kaptain pesawat menghadapi sedikit masalah radio. Nasib baik tak tunggu lama. Semasa di Mina saya berjumpa dengan seorang jemaah dari Rumah Rakyat Panchor, Seremban yang mengenali saya. Mengikut beliau pelepasan beliau tertangguh untuk beberapa jam dan kumpulannya terpaksa berpindah bilik pelepasan beberapa kali semasa di KLIA.

Kami berlepas dalam hujan renyai-renyai. Titik-titik hujan ini merupakan titik-titik hujan akhir yang saya lihat untuk enam minggu seterusnya kerana saya tidak nampak setitik hujan pun di tanah suci.

Sebuah pulau di Lautan Hindi diantara Sumatera dengan India. Agaknya Pulau Andaman?

Apabila pesawat merentas benua kecil India (Indian sub-continent) saya terasa berapa kecilnya negara kita Malaysia. Di sini bila kita naik kapal terbang walau pun dari Semenanjung ke Sabah atau Serawak kita dengan cepat berubah pandangan dari darat ke laut dan sebaliknya. Semasa merentas India saya ternanti-nanti bila nak nampak laut.

Apabila pesawat mula merentasi benua atau peninsula Arab pandangan tidaklah menghijau seperti di Malaysia atau India tetapi memutih. Inilah pandangan padang pasir dari udara. Gambar di bawah menunjukkan benda-benda berbentuk bulatan (circular). Saya bertanyakan sahabat-sahabat saya di Malaysianwings Forum dan mendapat tahu benda-benda yang dilihat bulat dari udara ini ialah ladang-ladang. Antaranya ialah ladang gandum atau 'wheat farms'. Satu ladang berbentuk bulat untuk menyenangkan penggunaan 'sprinkler' siraman air kepada bahan ladanya.


Circular things

Bersambung ke Bahagian 5........

1 comment:

naidanish said...

ayah...
congratulations..akhirnya dapat jugak buat blog sendiri..
jenguk2la blog ina pulak..
cheers!