Monday, May 5, 2008

Mengerjakan Haji Bahagian 23 (Hari ke 28 dan 29)

Khamis 13 Disember 2008

Bila bangun saya rasa sihat sedikit. Walau bagaimana pun saya bersolat Subuh di bilik sahaja.

Untuk solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' saya mengerjakan solat di satu Masjid yang terletak lebih kurang 150 meter di hadapan hotel kami. Kami panggil Masjid ini sebagai 'Masjid Taliban' oleh kerana keadaannya yang berkurangan. Walau bagaimana pun ia berhawa dingin.

Saya dapati Masjid Taliban ini diusahakan oleh satu keluarga. Bapa menjadi bilal dan anak menjadi imam. Satu keganjilan pada awalnya ialah imam sendiri melafazkan kamat sebelum mengimamkan solat. Walau bagaimana pun keadaan ini bertukar apabila pada satu hari seorang jemaah Malaysia dari Johor melaungkan azan dan seterunya melafazkan kamat. Selepas itu saya perhatikan bapa akan melaungkan azan dan membaca kamat sebelum anak mengimamkan jemaah. Malaysia Boleh!


Jumaat 14 Disember 2007

Saya bangun pagi merasa tidak sihat. Saya bersolat Subuh di surau. Pak Ngah yang telah sihat sedikit menawarkan ubatnya kepada saya.

Untuk solat Jumaat saya menunaikannya di Masjid Taliban untuk pertama kali. Apa yang menarik saya perhatikan ialah imamnya (bukan imam yang biasa) membaca khutbah Jumaat tanpa membaca atau merujuk kepada teks.

Selepas makan tengah hari saya tidur nyenyak.

Saya bersolat Asar, Maghrib dan Isya' di Masjid Taliban.

Pada jam 2100 Ustaz Ali memberikan ceramah bertajuk Hari Wukuf dan Seterusnya.

Bersambung ke Bahagian 24...

No comments: