Saturday, May 3, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 20 (Hari Ke 22 dan 23)


Jumaat 7 Disember 2007

Ini kali kedua saya bersolat Jumaat di Masjidil Haram. Saya masih kurang sihat walau pun telah berjumpa doktor malam semalam. Saya bersolat Subuh di bilik hotel sahaja.

Seperti minggu lepas, saya bertolak awal ke Masjidil Haram. Saya sampai ke sana lebih kurang jam 1000. Masjid sudah penuh pada jam 1100. Semasa pulang hanya satu dari empat 'escalator' yang berfungsi dan ini menyebabkan sedikit kesesakan.

Jemaah wanita Malaysia sudah diarahkan supaya jangan bersolat Jumaat. Nampaknya arahan ini dipatuhi. Tetapi jemaah wanita dari negara-negara lain bebas menunaikannya. Ini menambahkan lagi kesesakan yang tidak diingini di Masjid ini.

Saya bersolat Asar, Maghrib dan Isya' di surau hotel sahaja.


Sabtu 8 Disember 2007

Ini merupakan hari pertama saya tidak ke Masjid. Cuaca terasa bertambah sejuk. Malam tadi Pak Ngak batuk-batuk sahaja dan ini sedikit mengganggu tidur saya.

Untuk pertama kali juga saya menunaikan semua solat di bilik sahaja. Mr. Smart asyik baring sahaja. Saya lupa harinya tetapi Mr. Smart pernah bangun daripada tidur di waktu siang dan bertanya kepada saya kemana perginya orang ramai tadi. Saya nyatakan cuma kami bertiga berada di dalam bilik itu (yang seorang lagi Pak Ngah). Baru dia sedar yang dia bermimpi.


Bersambung ke Bahagian 21......

No comments: