Thursday, May 1, 2008

Mengerjakan Haji Bahagian 15 (Hari ke 14 dan 15)

Khamis 28 November 2007

0415 Bangun dan rasa sihat. Bersolat Subuh di Masjidil Haram. Selepas Subuh saya mengambil gambar-gambar berikut.

Inilah jalan yang saya lalui untuk ke Masjidil Haram. Kenderaan dipandu di sebelah kanan!


Bus jenama King Long buatan Republik Rakyat China. Mula-mula saya sangkakan mereka bermaksud Long King. Seorang sahabat saya di Malaysianwings menyatakan King Long sebenarnya.


Hotel menempatkan jemaah Pakej Tabung Travels terletak di antara hotel saya dengan Masjidil Haram.


Di antara kedai-kedai yang menyediakan barangan untuk dibeli oleh jemaah Haji, kebanyakannya dari Malaysia. Jika diteliti satu per satu tidak ada satu barang pun yang dibuat oleh Arab Saudi.


Maafkan orang Arab jika mereka tidak dapat mengeja Nuggets dengan betul!

1200 Bertolak ke Masjid Haram untuk bersolat Zuhur.

Semasa solat rasa nak pitam. Selepas makan tengah hari saya terus tidur sampai dikejutkan untuk solat Asar. Saya bersolat Asar, Maghrib dan Isya' di surau sahaja. Lepas tu terus tidur.

Jumaat 30 November 2007

Ini merupakan hari pertama saya bersolat Jumaat di Masjidil Haram.

0400: Bangun dan merasa badan sihat. Saya bersolat Subuh di Masjidil Haram.

1000: Saya bertolak awal ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat kerana takut tiada tempat. Memang benar, Masjid sudah setengah penuh. Saya terus ke tempat kesukaan saya di Tingkat Satu yang berhawa dingin.

1130: Masjid sudah penuh.

1210: Azan Jumaat atau Zuhur dilaungkan.


Semasa meninggalkan Masjid terserempak dengan Jemaah dari Republik Rakyat China ini.

Saya juga bersolat Asar, Maghrib dan Isya' di Masjidil Haram. Selepas solat Isya' saya membeli ayam goreng KFC yang terletak betul-betul di bawah restoran Burger King. Pakej ayam goreng ini termasuk minuman sejuk Pepsi Cola. Saya seperti biasa mengarahkan supaya tidak ada air batu dicampur dalam minuman.

Di hotel saya memberikan seketul ayam goreng kepada Salmah. Kami sama-sama bersetuju ayam goreng KFC di sini tidak sama enaknya dengan yang di Malaysia.

Saya lambat tidur kerana asyik batuk-batuk. Agaknya kerana minum Pepsi Cola sejuk tadi.

Hari ini juga Pak Ngah kembali demam.

Bersambung ke Bahagian 16...

No comments: