Baru-baru ini anak saya Ina menyebut mengenai 'warung lanun' dalam blognya. Warung ini (saya pakai istilah rasmi saya iaitu gerai) terletak di simpang empat Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Diantara anak-anak muda memang gerai ini digelarkan 'warung lanun'. Anak saya Halimi pun memanggilnya 'warung lanun'. Ini ialah kerana ia pernah diusahakan oleh seorang lelaki yang mata sebelahnya buta. Dia pula menutup matanya yang buta itu dengan satu 'patch' berwarna hitam seperti biasa dipakai oleh lanun-lanun di lautan. Tetapi di pejabat kami panggil beliau sebagai 'one-eyed Jack'. sahaja.
'Lanun' ini sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Oleh itu saya tidak mahu bercerita mengenai beliau. Tetapi saya mahu bercerita mengenai gerainya kerana gerai ini membawa kenang-kenangan pahit manis bagi saya.
Gerai ini pada mulanya diusahakan oleh En. Abd. Rahman bin Ismail iaitu bapa kepada mendiang 'lanun' yang nama sebenarnya ialah Abd. Rashid bin Abd. Rahman. Sebelum itu pada tahun 70an En. Abd. Rahman ada membuka gerai sementara di atas rezab jalan di seberang gerainya sekarang. Terdapat juga beberapa gerai sementara lain di sebelah gerainya.
Pada awal tahun 80an pihak MARA telah membina 6 unit gerai termasuk 'warung lanun' ini. Tujuannya ialah untuk menempatkan secara sempurna peniaga-peniaga gerai sementara di atas rezab jalan di seberang sana. Ada juga peniaga yang tidak dapat gerai baru kerana jumlah peniaga lama melebihi 6 orang. En. Rahman, walau pun mendapat gerai baru tidak merobohkan gerai lamanya. Alasannya ialah masih terdapat peniaga-peniaga di gerai lama yang masih berniaga. Tetapi En. Rahman terlupa atau buat-buat lupa bahawa mereka berbuat demikian kerana tidak mendapat gerai baru.
Di masa perpindahan gerai ini datang satu surat aduan ke pejabat saya dari Pengetua sekolah menengah yang betul-betul terletak di belakang gerai lama ini menyatakan murid-murid sekolahnya sering ponteng sekolah dan merokok dalam gerai lama ini. Big boss saya (telah meninggal dunia) telah meminta boss saya (juga telah meninggal dunia) untuk memberitahunya tentang situasi pemindahan ke gerai baru MARA ini. Saya yang menjaga kawasan itu telah membuat laporan terperinci lebih kurang seperti berikut "6 peniaga telah berpindah, tetapi masih terdapat 3 peniaga yang masih tinggal termasuk En. Abd. Rahman bin Ismail, walau pun telah mendapat gerai baru tetapi masih mengekalkan gerai lamanya'.
Tanpa melaporkan kepada big boss, boss saya telah mengarahkan saya menyediakan notis meminta En. Rahman merobohkan gerai lamanya. Saya pun menyediakan notis berkenaan yang ditandatangai oleh boss saya.
Beberapa hari kemudian saya lihat En. Rahman telah datang ke pejabat untuk berjumpa dengan boss saya. Saya menunggu untuk dipanggil tetapi boss saya tidak berbuat demikian. Ini menghairankan saya.
Beberapa hari kemudian pula big boss saya telah memanggil saya terus sambil bertanyakan situasi pemindahan gerai ini kerana ada menerima aduan telefon dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Saya pun memberitahunya notis telah dihantar. Beliau mengarahkan supaya saya meneruskan operasi merobohkan gerai apabila notis tamat. Tetapi big boss mengarahkan saya membuat lawatan dahulu untuk menunjukkan kepada orang yang diadu bahawa kita 'really mean business'.
Oleh itu apabila notis untuk merobohkan gerai telah tamat saya pun membawa pasukan untuk berjumpa dengan En. Rahman supaya jangan menunggu kami merobohkan gerainya. Sebaik-baiknya beliau merobohkannya sendiri. Kami telah membuat lawatan dua kali dan tiap kali En. Rahman dan keluarganya telah memaki hamun saya. Yang saya hairan ialah mengapa mereka menumpukan maki hamun mereka kepada saya seorang dan tidak kepada 'geng' saya.
Akhirnya saya pun membawa anggota merobohkan gerai lengkap dengan jentera sekali. Sekali lagi En. Rahman dan keluarga memaki hamun saya. Saya terangkan kepada En. Rahman bahawa saya bertindak atas arahan dan jika beliau tidak berpuas hati boleh mengadu kepada boss atau big boss saya.
En. Rahman seterusnya menyatakan ini semua berpunca dari saya. Jika saya tidak membuat laporan semua ini tidak akan berlaku. Beliau seterusnya menyatakan telah berjumpa dengan boss saya dan seterusnya menunjukkan catatan percakapannya dengan boss saya. Saya lihat nama saya ada tercatit dalam notanya. Dicatitkannya juga boss saya memberitahunya supaya melupakan saja notis tersebut. Tidak apa-apa akan terjadi terhadap gerainya sehinggalah kerajaan melebarkan jalan yang mungkin melibatkan gerai lamanya.

Saya pun terperanjat besar kerana jika catatan En. Rahman ini benar ini bermakna saya telah dimainkan oleh boss saya sendiri. Juga pendirian boss saya bercanggah dengan big boss kami. Jadi dimana kedudukan saya? Saya pun meminta semua yang hadir supaya bertenang sebentar. Saya juga mengarahkan En. Rahman dan keluarga supaya menunggu sementara saya membuktikan kepada mereka siapa main siapa dalam perkara ini. Saya pun pun terus balik ke pejabat diiringi oleh ahli-ahli penguatkuasa yang menjadi 'bodyguard' saya. Di situ saya mendapatkan fail kes gerai ini dan membawanya berjumpa En. Rahman.
Saya nyatakan kepada semua yang hadir adalah menjadi kesalahan bagi saya membuka fail begini. Tetapi saya terpaksa membuatnya untuk menerangkan kedudukan saya yang disalahsangka oleh keluarga En. Rahman.
Saya pun menunjukkan satu persatu sejarah tindakan saya bermula dengan surat aduan dari Pengetua sekolah. Saya nyatakanakepada En. Rahman bahawa saya terpaksa membuat laporan yang benar dan terperinci supaya kes ini tidak berulang-ulang. Itulah sebabnya saya laporkan bahawa En. Rahman masih belum lagi merobohlkan gerai lamanya tidak seperti jiran-jirannya yang lima orang lagi itu.

Apabila sahaja saya menunjukkan kepadanya arahan dari boss saya supaya menyediakan notis merobohkan gerainya En. Rahman terus meminta ampun dari saya "dari hujung rambut ke hujung kaki" katanya. Dari saat itu jua En. Rahman dan keluarga termasuk 'lanun' terus mengubah pandangan mereka terhadap saya. Kemudian saya telah berjaya memujuk mereka supaya mereka sendiri merobohkan gerai lama mereka. Setelah mendapat komitmen dari mereka kami pun beredar.
Saya menunggu sehingga En. Rahman betul-betul telah merobohkan gerai lamanya sebelum bertindak seterusnya. Saya boleh melaporkan tindakan boss saya kepada big boss, tetapi saya mempunyai prinsip 'Don't rat on your own buddies'.
Sebaik sahaja En. Rahman selesai merobohkan gerai lamanya saya pun melaporkan kepada boss saya. Saya hanya ingin melihat reaksinya. Dia menjawab 'Thank You' sahaja tetapi saya ternampak satu 'guilty sign' di mukanya.

Tetapi beberapa tahun kemudian saya dapat juga membalas dendam. Boss saya ini sebenarnya telah menipu rekod perkhidmatannya seolah-olah beliau boleh bekerja lebih setahun lagi. Rahsia ini hanya diketahui oleh rakan baiknya. Apabila mereka ini bergaduh kawannya telah memecahkan rahsia ini kepada big boss kami.
Perkara ini walau pun akhirnya diketahui oleh kebanyakan kakitangan pejabat tidak ada yang berani bercerita mengenainya secara terbuka. Di samping itu juga boss saya terpaksalah menyegerakan persaraannya setahun lebih awal dari yang dirancangnya pada awal lagi. Dari itu jugalah boss saya nampak mengelabah sahaja dalam kerjanya.

Pada satu hari saya telah terserampak dengan Kerani Kanan Perkhidmatan pejabat saya (juga sudah meninggal dunia) dalam lif. Lif penuh dimasa itu. Saya pun terus menjerit kepadanya "When is my boss retiring?" Semua orang dalam lif itu terperanjat. Di masa itu ramai bukan Melayu di pejabat saya dan Bahasa Inggeris ialah bahasa harian.
Beberapa hari kemudian seorang kawan sejawatan saya telah menegur kenapa saya bersifat kurang ajar dan memalukan boss kami dalam lif baru-baru ini. Katanya lagi Kerani Kanan tersebut telah mengadu kepada boss dan boss amat kecewa dengan sikap saya. "He was very upset" katanya.
Saya nyatakan jika tindakan saya salah kenapa boss tidak berani memanggil saya atau memulakan tindakan tata-tertib kepada saya?. Kemudian saya ceritakan kepada kawan saya apa yang saya pendam selama ini. Oleh kerana boss tidak memanggil saya membuktikan apa dicatitkan oleh En. Rahman adalah benar.

Di hari terakhir boss saya bertugas semua orang mengucapkan "happy retirement' kepadanya melainkan saya.
No comments:
Post a Comment